Hati meruntun hiba saat melihat keranda diturunkan ke liang lahad.Terasa tak sanggup melepaskan papa.Rindu pada papa bagaikan tidak dapat dibendung namun apakan daya aku hanya mampu melihat tubuh kaku papa beberapa saat sebelum dikebumikan.Talqin dibacakan menambahkan lagi sayu.Aku rindukan papa.Rindu untuk memeluk papa.
Abang!Ya!Dia yang harus dipersalahkan.Api kebencian kian marak membakar dalam diri.Sudah aku katakan padanya supaya menunggu aku.Namun,hampa!Papa dikebumikan tanpa menunggu aku.Terasa aku mahu meraung sekuat hati.Namun ku kuatkan semangat diri kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.“Kin,macam mana?OK tak?”Paksu datang menghampiri aku.Airmata yang mengalir dipipi disapu lembut.Paksu bagaikan tahu apa yang ada di dalam hatiku.Makin disapu air mata yang mengalir dipipi makin laju membasahi bumi bagaikan air hujan yang mencurah-curah.“Jom masuk adik.Paksu ada nak sampaikan sesuatu.Semua dah tunggu dekat dalam.”Paksu memegang lembut bahuku.Air mata yang masih bersisa di sapu lembut.Langkah paksu dituruti tanpa soal.Aku lihat semua adik beradik aku semua sudah berkumpul.Aku memandang wajah sayu mak dan kakak- kakak aku.Hiba aku rasakan.Airmata yang mengalir cepat-cepat diseka.Wajah abang nampak bangga.Aku benci!Benci kerana melihat satu wajah yang sangat menghampakan.Selama dua puluh satu tahun hidup ini tak pernah sekalipun aku meminta pertolongan abang.Itulah kali pertama namun hasilnya sangat mengecewakan.“Semua dah berkumpul kan?Paksu harap kamu Safri sebagai abang merangkap ketua keluarga menggantikan papa kamu dapat membuat keputusan yang tepat.Mungkin orang akan fikir macam tak sopan berfikir soal harta sedangkan kubur papa kamu masih merah.Tapi sebenarnya ini merupakan satu jalan yang membawa kebaikan kerana biarlah papa kamu akan tenang disana.”Paksu meneruskan kata.Semua yang ada hanya mendengar apa yang dikatakan paksu.“Papa kamu akan terseksa sekiranya pembahagian harta masih lagi tidak dapat dijalankan dengan sebaik mungkin mengikut faraid.Bahagilah harta seadil-adilnya.Jangan sampai kamu memakan harta yang haram.”Paksu meneruskan lagi kata-kata sambil menepuk bahu abang.Wajah bangga abang jelas kelihatan.Benci!Menyampah aku rasakan.“Paksu,sebelum arwah papa meninggal dia ada cakap ada beberapa bahagian hartanya akan menjadi milik Kin.Adakah bahagian termasuk dalam pembahagian harta mengikut hukum faraid?”Kak Rina bertanya kepada paksu berkenaan bahagian yang sudah diletakkan atas namaku.Air mata mengalir.Aku pilu.Sudah pasti mereka tidak puas hati atas apa yang aku perolehi.“Buat pengetahuan semua,harta yang patut dibahagikan mengikut hukum faraid adalah harta pusaka.Sekiranya harta tersebut sudah pun dibahagikan atas wasiat papa,ianya bukan lagi harta pusaka.Itu adalah milik Kin.Jadi semua orang tak dibenarkan menuntut bahgaian tersebut.”Paksu menerangkan kepada semua.Mama hanya diam tanpa sepatah kata.Menangis pun tidak.Tapi aku tahu apa yang ada di dalam hati mama.“Kalau macam tu paksu,Kin tak dibenarkan mendapat bahagian lain dalam harta pusaka yang tinggal sebab dia dah dapat banyak!”Abang terus bangun dengan muka bengis.Aku hanya tertunduk tanpa kata.Paksu dan yang lain terasa tersentap dengan tindakan abang.“Safri!Kamu tak boleh macam tu.Kamu kena adil.”Paksu cuba memujuk.Air mata mama yang sejak tadi diseka akhirnya mengalir laju bagaikan hujan.Hatiku bagaikan dicarik-carik.“Kenapa tak boleh paksu?Ok!Kalau macam tu saya nak dia keluar dari rumah papa.Papa letakkan nama saya atas rumah ini!”Abang memandang wajah ku tanpa kelip bagaikan mahu menelan aku.Aku bagaikan patung.Tiada lagi air mata yang mengalir.“Kenapa kamu buat adik kandung kamu macam tu?”Mama bersuara lirih setelah lama berdiam diri.“Sebab papa tak adil!Papa dan mama selalu lebih kan Kin dalam segala hal.Mama tak pernah pun suka Ayie dari dulu.Memandangakan rumah ini adalah milik Ayie sekarang,Ayie nak semua orang keluar dari rumah ini!Muktamad!”“Safri!Pang!”satu tamparan kencang daripada paksu dihadiahkan kepada abang.Mama dan semua menangis teresak-esak.kecewa dengan tindakan abang.“Kamu tak boleh buat macam ni Safri.Ini mama kamu!”Paksu kelihatan tegang mungkin sudah hilang sabar.Maksu hanya berdiam diri kerana tidak mahu masuk campur urusan keluarga suaminya.“Kenapa tak boleh paksu?Kenapa semua orang dapat bahagian yang banyak?Saya cuma dapat rumah buruk ni?Saya akan benarkan mama tinggal di rumah ini dengan syarat Kin kena berikan bahagian dia kepada saya.”Safri bin Sazali seorang yang tidak berperi kemanusiaan.Air mata aku terus mengalir.Aku bingung.Seandainya aku berikan bahagian aku kepada abang bagaimana caranya untuk aku teruskan pelajaran dan hidup sedangkan bahagian yang diberikan papa itu merupakan sejumlah wang untuk aku hidup sehingga aku tamat belajar dan mendapat pekerjaan.Ku lihat wajah sayu mama.Kalau aku tak berikan hak aku,mama dan kakak-kakak aku akan merempat kerana mereka semua tinggal di rumah milik papa yang telah diberikan kepada abang.Aku menangis.Berat hati aku untuk bersuara tetapi aku harus berkorban demi mama.“Kin akan berikan hak Kin pada abang demi mama.Abang nak tahu kenapa papa cuma berikan sebuah rumah yang entah bila masa akan runtuh ni untuk abang?Sebab abang anak derhaka!Abang tak pernah jaga papa masa papa sakit sedangkan dulu waktu papa sihat,abanglah anak kesayangan papa.Abang memang tak sedar kan?Papa rindukan abang tapi abang masih berdegil kerana ikutkan kata isteri.Abang nak sangat harta pusaka kan?Ambil lah tapi dengan syarat mama dan adik beradik yang lain terus tinggal disini.”aku menangis bagaikan orang gila.Kusut fikiran aku.“Kau cakap aku anak derhaka?Itu aku punya pasal la Kin!Sekarang kau dah bagi semua bahagian kau pada aku.Semua dekat sini jadi saksi.Kau tak boleh tuntut hak kau lagi.Ha!Lagi satu!Demi memastikan kau takkan cari aku lagi,aku nak kau kahwin.Lepas tu kau jangan cari aku dan anggap aku abang kau lagi.Kau jangan jejak kaki kau dekat dalam rumah ni.”kata-kata abang penuh rasa benci.Kebencian itu jelas sekali terpancar di wajah abang.“Safri!melampau sungguh kamu!”paksu mencengkam leher baju abang.Aku terus berlari mendapatkan paksu.“Paksu!Jangan!Kin setuju paksu dengan syarat abang.Apa pun syarat abang.Asalkan adik beradik Kin dan mama hidup tenang walaupun Kin merana.”aku memeluk paksu.Terasa bagaikan aku memeluk papa.Tentu papa terseksa di dalam kubur dengan pertengkaran ini.Kasihan sekali papa.“Kamu sangat melampau Saff.Mama sangat kecewa dengan kamu Saff.”mama tertunduk menahan sayu dihati.
Monday, February 13, 2012
bahagia yang ku damba~chapter 1
Subscribe to:
Posts (Atom)
